Sila Baca Dengan Teliti Sebelum Menyewa
Selamat datang ke Ansar Hikmah Car Rental. Dengan membuat tempahan atau menggunakan perkhidmatan penyewaan kereta kami, anda bersetuju untuk mematuhi segala terma dan syarat yang dinyatakan di bawah. Dokumen ini bertujuan untuk melindungi kedua-dua belah pihak dan memastikan pengalaman penyewaan yang selamat dan lancar.
Sila pastikan anda memahami tanggungjawab anda sebagai penyewa sebelum menandatangani perjanjian sewa.
1. Kelayakan Penyewa
Untuk menyewa kenderaan bersama kami, anda mesti memenuhi kriteria berikut:
Identiti Sah
Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap dengan Kad Pengenalan (IC) atau Pasport yang sah.
Lesen Memandu
Memiliki lesen memandu yang sah (Competent Driving License) dan bukan lesen probation (P) untuk kategori kereta tertentu.
Umur Minimum
Penywa mesti berusia minimum 21 tahun (atau 23 tahun bergantung pada kategori kereta) semasa tempoh sewa.
2. Tempahan & Pembayaran
Proses pengesahan tempahan tertakluk kepada syarat berikut:
- Pengesahan Tempahan: Tempahan hanya dianggap sah setelah pembayaran deposit diterima dan dokumen disahkan.
- Deposit Keselamatan: Deposit boleh pulangkan akan dikenakan dan akan dipulangkan dalam masa 7-14 hari bekerja selepas kenderaan dipulangkan tanpa isu.
- Pembatalan: Pembatalan tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 48 jam sebelum waktu pickup. Caj pembatalan mungkin dikenakan.
- Kemudian (Late Return): Cas tambahan akan dikenakan bagi setiap jam kelewatan memulangkan kenderaan melebihi waktu yang dijadualkan.
3. Penggunaan Kenderaan
Penywa bersetuju untuk menggunakan kenderaan dengan syarat-syarat berikut:
Larangan Aktiviti
Dilarang menggunakan kereta untuk aktiviti haram, lumba haram, atau membawa barang contraband.
Kebersihan
Merokok di dalam kenderaan adalah dilarang sama sekali. Caj pembersihan akan dikenakan jika dilanggar.
Kawasan Operasi
Kenderaan boleh digunakan di Semenanjung Malaysia. Penggunaan ke Thailand atau negara lain memerlukan kebenaran bertulis.
4. Kemalangan & Kerosakan
Tanggungjawab penyewa sekiranya berlaku kejadian tidak diingini:
- Laporan Segera: Sebarang kemalangan atau kerosakan mesti dilaporkan kepada kami serta-merta (dalam masa 24 jam).
- Laporan Polis: Penyewa wajib membuat laporan polis bagi sebarang kemalangan untuk tujuan insurans.
- Excess Insurans: Penyewa bertanggungjawab membayar kadar ‘excess’ insurans seperti yang ditetapkan oleh pihak insurans.
- Kerosakan Bukan Kemalangan: Kerosakan akibat kecuaian penyewa (contoh: kunci hilang, enjin rosak akibat salah guna) adalah tanggungjawab penyewa sepenuhnya.
Ada Pertanyaan Tentang Terma & Syarat?
Jika anda memerlukan penjelasan lanjut mengenai mana-mana klausa atau ingin membuat tempahan, pasukan kami bersedia membantu.